Tuesday, May 13, 2008

Taufan Nargis Yang Melanda Myanmar ( Burma)

BAGAIMANA taufan mendapat nama dan mengapa nama orang sering dikaitkan dengan bencana alam berkenaan? Mengikut laporan Pihak Pentadbir Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), nama taufan diberi oleh negara yang terjejas. Negara seperti Filipina dan Jepun yang sering menerima bencana alam itu memberi nama taufan berdasarkan unsur atau identiti taufan yang melanda. Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO) menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus yang bertanggungjawab menamakan taufan ini. Jawatankuasa Taufan ditubuhkan pada 1968 di bawah pengawasan WMO dan Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Bagi Asia Pasifik (ESCAP) bagi mempromosi dan menguruskan usaha meminimumkan kerosakan akibat ribut tropika dan taufan di rantau itu.

Malaysia menyertainya pada 1976 yang mana jawatankuasa itu mempunyai 14 negara ahli termasuk Kemboja, Laos, Filipina, China, Hong Kong, Jepun, Macau, Korea Selatan, Korea Utara, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam. Pada 2000-2001, senarai baru dikeluarkan oleh Jawatankuasa itu dengan setiap negara anggota menamakan taufan dengan menampilkan identiti serantau yang menggunakan nama tempatan serta dipilih daripada nama bunga, makanan, haiwan, ikan, manusia dan sebagainya. Setiap negara menyumbang 10 nama kepada jawatankuasa itu, bermakna 141 nama setiap pusingan. Penggunaan nama taufan dilakukan secara pusingan mengikut senarai yang disediakan.

Taufan Nargis ini mendapat nama daipada seorang aktress India yang popular sekitar tahun 140an-1950an
Tajuk diadangkan oleh : Encik Zulkifli
.

No comments: