Wednesday, May 14, 2008

Pelajarilah Ilmu

Izinkan saya memetik kata-kata daripada seorang ilmuan Islam iaitu Ibni Abdul- Barri
Pelajarilah ilmu, kerana;

Mempelajarinya takut kepada Allah / Pencipta
Menuntutnya adalah ibadah,
Membincangkannya adalah bertasbih,
Mencarinya adalah berjihad,
Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah,
Memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan diri kepada Allah

Kerana ilmulah;

Petunjuk kepada yang halal dan haram
Menara kepada penghuni syurga
Teman di saat kesunyian
Rakan di masa keseorangan
Teman berbicara di saat khulwah
Perhiasan di saat bersama teman-teman.

Dengan ilmu;

Allah telah mengangkat tinggi kedudukan banyak kaum
Sehingga Allah jadikan mereka pemimpin yang tegak
Jejak mereka diikuti
Perbuatan mereka dicontohi dan
Pendapat mereka dijadikan pemutus

Kerana ilmu;

Menghidupkan hati daripada kejahilan
Lampu penglihatan di saat kelam

Dengan ilmu;

Hamba dapat mencapai kedudukan
Orang-orang pilihan dan darjat yang tinggi
Di dunia dan akhirat.

No comments: