Tuesday, May 6, 2008

Guru Bertugas Mingguan

Assalamualaikum Santapan rohani untuk minggu ini ialah "Tawakkal" Apakah maksud Tawakkal? Tawakkal ialah berserah kepada Allah mengenai sesuatu perkara setelah berusaha dan berikhtiar. Dalam konteks kita sebagai seorang pelajar kita hendaklah berusaha dan berikhtiar serta berdoa kemudian bertawakkal kepada Allah.Adalah agak mustahil jika seseorang itu hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha. Antara hikmah tawakkal ialah supaya seseorang itu tidak sombong dan takbur apabila ia memperoleh kejayaan.Kedua supaya sesorang itu tidak berputus asa kerana hari tidak selamanya malam ada bintang yang naik dan ada bintang yang turun.Ketiga supaya kita sentiasa tunduk dengan kebesaran dan kekuasaan Allah.- Daripada Ustazah Norsofinas

No comments: