Sunday, February 21, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG






TARIKH : 21 FEBRUARI 2010

BERTEMPAT : DEWAN SERI GEMILANG SMK SG PASIR

JUMLAH PENYERTAAN : 950 ORANG

Thursday, January 28, 2010

NUKILAN BEKAS PELAJAR

ASMA LIYANA:
Dengarlah
wahai guruku
keperibadianmu dan kesungguhanmu
menjadi pencetus visi dan misiku ;

Guruku,
kau ibarat lilin
yang membakar dirimu buat anak-anak muridmu
yang tercinta...

lahirmu sukar untukku cari galang gantinya
walaupun penat dan lelah,
kau gigih mencurahkan bakti pada nusa dan bangsa...

guru,
walaupun nyawa dan jasadmu ...
dikandung badan,
dimamah usia,
kau tetap hadir sebagai pendidik
yang kusanjungi selepas kedua-dua orang tuaku...

terima kasih buat semua pendidikku dari tadika,sek rendah,sek men,dan hingga kini n selamanya...
terutamanya buat Allahyarham Puan Zaiton...AL-FATIHAH...asmaa'@ unimap 23 JAN 2010..

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN

Bertempat : PADANG SMKSP TARIKH : 28/01/2010 PASUKAN LAWAN : SMK PINANG TUNGGAL

KEPUTUSAN : 2-2

Tuesday, January 26, 2010

MOTIVASI

Cara belajar yang betul
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama - Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga - Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat - Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima - Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam - Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan - Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap muka surat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji muka surat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

KEJAYAAN SEKOLAH




Dimaklumkan pelajar : Tan Wei Chuien merupakan Pemenang Saguhati Kategori Lukisan Menengah Atas Pertandingan Karya Seni Kreatif PNB- 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 17 Disember 2009.

Tahniah diucapkan. Semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang kepada seluruh warga SMKSP untuk mengharukan nama sekolah dan mencipta kejayaan peribadi.

Sunday, January 24, 2010

NUKILAN RASA PELAJAR CEMERLANG

Alhamdulillah..kesemua aktiviti bulan januari ini insyaAllah dapat saya turuti sebelum meninggalkan sekolah pada bulan dua..

Setelah menimba ilmu di 5 buah sekolah , SMKSP adalah sekolah terbaik dan terhebat yang pernah saya duduki..
Tak sanggup rasanya nak tinggalkan sekolah nie..banyak kenangan pahit manis yg dianggap terindah semuanya..
( Sedih jugak dapat tawaran masuk sbp nie )
Semoga web blog ini dapat menjadi penghubung bekas pelajar masa akan datang

SEKALUNG TAHNIAH

Dimaklumkan beberapa orang pelajar cemerlang telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke SBP dan Sekolah Menengah Teknik.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah semoga kejayaan demi kejayaan dapat dicipta

* gambar pelajar cemerlang boleh dirujuk di himpunan gambar-gambar di sebelah.

KEPUTUSAN AKHIR SUKANTARA DAN MERENTAS DESA

KEDUDUKAN RUMAH SUKAN SETELAH SELESAI SUKANTARA SESI PAGI :

1. LAKSAMANA : 396 MATA
2. BENDAHARA : 363
3. PANGLIMA : 348
4. TEMENGGUNG : 338
5. SHAHBANDAR : 334

KEDUDUKAN KEPUTUSAN /MATA AKHIR SUKANTARA

1. PANGLIMA : 703
2. LAKSAMANA : 697
3. SHAHBANDAR : 652
4. BENDAHARA : 647
5. TEMENGGUNG : 646

KEDUDUKANKEPUTUSAN / MATA ACARA MERENTAS DESA

1. LAKSAMANA : 270
2. TEMENGGUNG : 187
3. BENDAHARA : 181
3. SYAHBANDAR : 181
5. PANGLIMA : 170

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DAN MENJAYAKAN ACARA SUKAN SEKOLAH

*Gambar akan menyusul kemudian

PROGRAM JAYA WARIS 1/2010

Tajuk : Pendidikan Keremajaan

Penceramah : Dr Thiyagav Nadarajaw ( Pakar )

Kumpulan Sasaran : Waris Pelajar

Masa : 8.00-11.30 pagi

DEWAN SRI GEMILANG SMKSP

OBJEKTIF
1. Melahirkan remaja yang sihat jasmani dan rohani melalui pendidikan dan bimbingan
lebih berkesan oleh ibu bapa
2 Membina kefahaman lebih menyeluruh kepada para waris dalam pendidikan renaja.
3. Mencari jalan yang lebih baik dalam pendidikan keremajaan dalam kalangan ibu
bapa supaya matlamat melahirkan remaja yang berwawasan, berketerampilan dan
berakhlak mulia dapat dicapai
4. Mengeratkan jaringan kerjasama waris dan sekolah dalam menangani permasalah
remaja.

Friday, January 22, 2010

ACARA MERENTAS DESA 2010 / ASSYURA

TARIKH : 23 JANUARI 2010
KAWASAN : SEKITAR KAWASAN PERKAMPUNGAN + LADANG GETAH + KAWASAN PERUMAHAN
JARAK : BERGANTUNG KEPADA KELAS UMUR
CHECK POINT : 3

ATURCARA : 7.30pagi - Berkumpul di padang sekolah mengikut Rumah Sukan
: 7.40pagi - Petugas Check point bergerak ke check point masing-masing
: 7.45pagi - Petugas Peronda berada di tempat permulaan.
: - Aktiviti Memanaskan Badan
: 7.50pagi - Pelajar disusun mengikut kelas umur
: 8.00pagi -Kumpulan pertama dilepaskan
: 9.30pagi - Dijangkakan semua peserta telah sampai-BEREHAT
: 10.00pagi- Berkumpul semula untuk mendapatkan kedatangan dan majlis
penyampaian hadiah

: 11.00pagi- PENGEDARAN BUBUR ASSYURA


CATATAN : AKTIVITI MENYEDIAKAN BUBUR ASSYURA JUGA DIADAKAN PADA MASA YANG SAMA.

SINGGAH SEBENTAR

KES CUBAAN BUNUH DIRI

Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.

Doktor: Hari ini saya ada dua berita baik utk awak.satu berita baik,dan satu lagi berita buruk.
Pesakit mental: Apa dia doktor?

Doktor: Pertama sekali,tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh dpd penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yang cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yang awak selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam. Malang sungguh.

Pesakit mental: Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya dia kering dgn cepat..hee..

Doktor: #@**_!!*&^_#

Thursday, January 21, 2010

SUKANTARA 2010

Syukur Alhamdulillah acara Sukantara 2010 telah selesai diadakan. Bagi pihak pengurusan, berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas dan pelajar yang telibat. GAMBAR AKAN MENYUSUL KEMUDIAN

KEDUDUKAN RUMAH SUKAN SETELAH SELESAI SUKANTARA SESI PAGI :

1. LAKSAMANA : 396 MATA
2. BENDAHARA : 363
3. PANGLIMA : 348
4. TEMENGGUNG : 338
5. SHAHBANDAR : 334

Monday, January 18, 2010

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH KMY

MAKLUMAN :

Bermula 7 MAC hingga 11 MAC (Pusingan Pertama)
21 MAC hingga 25 MAC ( PUSINGAN KEDUA)

TEMPAT PERTANDINGAN : SMK TUNKU ISMAIL

KUMPULAN BERTANDINGAN:
1.SMK SUNGAI PASIR
2.SMK TUNKU ISMAIL
3.SMK PEKULA JAYA
4.SM SAINS SULTAN MOHD JIWA

Sunday, January 17, 2010

EKSPLORASI FEBRUARI 2010

Dimaklumkan: Satu eksplorasi kali pertama 2010 untuk para guru akan diadakan pada 27 FEBRUARY di kawasan paya bakau.

JARAK : 7 KM
MASA : 3 JAM + 1 JAM AKTIVITI
KAWASAN : TELUK BAYU ( kawasan berbukit - 35 darjah + kawasan berpaya + kawasan
Berair + berkayak + berenang + "water confident")
TAHAP KESUKARAN : SKALA 4/10

rujuk :
http://kemdomland.weebly.com/

GAMBAR EKSPLORASI GURU

HIMPUNAN GAMBAR BOLEH DIRUJUK DI SUDUT HIMPUNAN GAMBAR-GAMBAR





SALAM DARIPADA BEKAS PELAJAR

boneka sepi said...
salam wbt & salam sejahtera.

rakan2 yg dihormati sekalian,
mohon mencuri sedikit masa anda untuk mengisi database profile mengenai perihal diri anda di laman group SMKSP iaitu di laman discussion
topic post DATABASE/PROFILE anda.or hendak mudah.sila klik url berikut.

http://www.facebook.com/topic.php?uid=203430711538&topic=33490

kerjasama dan keprihatinan mengenai hal ini amatlah disanjungi dan disusuli ucapan penghargaan terima kasih!

moga lembaran "two-O-ten" memberi sinar baru kepada kalian..

Saturday, January 16, 2010

Laman Facebook SMKSP

Tahniah kepada bekas pelajar sekolah ini yang membina satu rangkaian komuniti yang dapat menghubungi antara satu sama lain dan dapat berkongsi pengalaman bersama. Diharapkan laman ini dapat dijadikan penghubung ke arah yang lebih positif. Tahniah kepada yang membina dan mengelolakan laman tersebut

http://www.facebook.com/group.php?gid=203430711538&ref=ts

Thursday, January 14, 2010

PERISTIWA PENTING BULAN JANUARI

1. Sukantara - 21/01/2010

2. Merentas Desa - 23/01/2010

3. Jayawaris - 24/01/2010

Catatan dan Gambar akan menyusul kemudian

Cabaran Minda

CABARAN MINDA

PUTRAJAYA 18 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia terutama golongan muda, mencabar minda mereka supaya mampu melakukan sesuatu pencapaian luar biasa dalam pelbagai bidang yang diceburi.
Perdana Menteri berkata, sesuatu perkara itu mungkin difikirkan tidak akan mampu dilakukan oleh golongan remaja tetapi ia boleh dilaksanakan jika memiliki ketabahan, kekuatan emosi dan spiritual.
''Biar kita mencuba mencapai dan menguasai perkara yang kita fikir ia tidak mungkin dapat kita lakukan.

''Kalau kita cekal, kuatkan azam serta mempunyai kekuatan emosi dan spiritual, tidak ada rintangan yang tidak dapat diatasi, jadikanlah semangat itu sebagai pegangan," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang dan tajaan Ekspedisi Tujuh Benua Tujuh Nilai di pejabatnya di sini, hari ini.

Ekspedisi yang bermula sejak 2004 itu memasuki fasa ketiganya iaitu penyertaan perenang adik beradik, Zahra Masoumah Abdul Halim, 18 dan Salman Ali Syariaati, 12, bagi merentasi Selat Inggeris dari Dover, United Kingdom ke Calais, Perancis pada 2 hingga 6 Julai ini.
Sekiranya Zahra dan Salman berjaya melakukan renangan tersebut, mereka bakal mencipta sejarah sebagai perenang Islam termuda berjaya merentasi Selat Inggeris.


Pasangan adik-beradik itu sebelum ini berjaya merentasi Selat Melaka dari Langkawi ke Kuala Perlis membabitkan jarak 43 kilometer di bawah tempoh masa 18 jam.
Menurut Najib, cabaran yang cuba dilakukan Zahra boleh menjadi ikutan dan sumber inspirasi bagi remaja yang lain dalam melakukan sesuatu yang pada asalnya difikirkan tidak mampu dilakukan oleh mereka.
''Ini supaya golongan tersebut tidak terpesong ke jalan yang membinasakan dan tidak diredai Allah," katanya.

Malah, katanya, biarlah masyarakat dunia mengetahui bahawa rakyat negara ini mempunyai kecekalan hati dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat.
''Apa yang cuba dilakukan oleh Zahra adalah sesuatu yang tidak mudah dengan cuaca sejuk dan tidak kurang cabarannya dengan arus yang kuat.
''Namun oleh kerana Zahra telah berjaya berenang dari Langkawi ke Kuala Perlis, ini pun sudah hebat, jadi kita bertambah yakin. Insya-Allah, Zahra akan menjadi perenang pertama wanita Malaysia berjaya merentasi Selat Inggeris," katanya.
Najib berkata, negara masih lagi mengingati pencapaian hebat golongan wanita di negara ini seperti Datuk Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang berjaya melakukan ekspedisi ke Kutub Utara dan Selatan manakala Marina Ahmad muncul sebagai wanita pertama Malaysia menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest.

''Jadi, apa yang bakal dilakukan oleh Zahra diharap dapat mengharumkan nama Malaysia dan kaum wanita di negara ini.
''Rakyat Malaysia merupakan satu bangsa yang mempunyai jiwa besar yang boleh mencatatkan kejayaan yang dibanggakan," katanya.

Sekadar Renungan

"People are always blaming their circumstances for what they are. I don't believe in circumstances. The people who get on in this world are the people who get up and look for the circumstances they want, and, if they can't find them, make them". George Bernard Shaw

Pepatah bijak mengatakan bahawa kegagalan adalah proses belajar yang harus dilalui. Tanpa adanya kegagalan, yang namanya keberhasilan tidak akan pernah diketemukan. Thomas Alfa Edison adalah contoh yang nyata. Setelah ribuan kali mengalami kegagalan untuk menemukan listrik, akhirnya beliau berhasil.

Pemenang sejati adalah pemenang yang mampu mentoleransi kegagalan yang dialami serta berjuang untuk meraih keberhasilan dan bukannya menyerah pada keadaan. Disamping itu, keberhasilan akan diraih jika seseorang berani mengambil resiko dan tidak takut akan kehilangan / kegagalan. "Failures are divided into two classes - those who thought and never did, and those who did and never thought" John Charles Salak.
MENGHADAPI KEGAGALAN

Sedarilah bahwa :
1. Kegagalan adalah suatu proses pembelajaran. Seyogianya, reaksi yang timbul dikala gagal, bukanlah menyalahkan orang - orang lain tetapi adalah diri sendiri melalui introspeksi. Metode ini, akan menimbulkan :

Keinginan yang mendalam untuk mengetahui "mengapa" kegagalan ini terjadi. Setelah diketahui penyebabnya maka dicari solusi agar kegagalan ini tidak sampai terjadi lagi. "It is wise to keep in mind that no success or failure is necessarily final" Anonymous
Standard baku sebagai acuan dasar agar dimasa mendatang, kegagalan bisa diminimalkan atau tidak sampai terjadi lagi. "In order to succeed, you must first be willing to fail" Anonymous
Sukses sebagai hasil dari mau / berani menghadapi kegagalan dengan analisa / evaluasi dan memperbaikinya. "Success is not permanent. The same is also true of failure" Dell Crossword
Secara tidak langsung, kegagalan juga mengajarkan kepada kita bahwa jalur yang dilalui adalah jalur yang salah.

Semua, tergantung kepada diri kita, mau menyerah atau maju terus. Jika menyerah berarti sampai kapanpun juga yang namanya keberhasilan "hanya" akan merupakan angan - angan tidak akan pernah ter - realisirkan. "Yesterday's failures are today's seeds. That must be diligently planted to be able to abundantly harvest Tomorrow's success" Anonymous

2. Kegagalan adalah salah satu langkah menuju kesuksesan. Tanpa dialaminya kegagalan, seseorang akan sulit untuk menentukan langkah selanjutnya. Dengan adanya kegagalan, seseorang akan tahu pasti bahwa jalur ini dibenarkan sedangkan jalur itu tidak dibenarkan (karena telah pernah gagal). Apakah suatu kegagalan akan selalu berkonotasi negatif atau tidak, sangatlah ditentukan oleh sikap kita dikala menghadapinya. Jika dihadapi dengan sikap potitif maka konotasinya akan menjadi positif karena adanya perbaikan dan begitu pula sebaliknya. "Your failures won't hurt you until you start blaming them on others" Anonymous.

3. Kegagalan bukanlah bererti akhir dari segala – galanya. Dengan dialaminya kegagalan, biasanya akan membuat seseorang semakin dewasa serta waspada / mawas diri. Setiap langkah atau tindakan akan di "filter" berkali - kali agar tidak terjadi hal – hal yang tidak diinginkan. "Keep in mind that neither success nor failure is ever final" Roger Ward BaBson

Kesimpulan :
Kegagalan bukanlah suatu hal yang ditakuti atau dihindari tetapi harus dihadapi. Melalui kegagalan, akan diketemukan apa yang namanya sukses. Jangan menyerah dan pasrah, itulah kunci utama untuk menghadapi kegagalan. "When one door closes another door opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us" Alexander Graham Bell.