Tuesday, April 29, 2008

MARI KENALI STAF SEKOLAH ANDA



Pak Long.(Rodalee ) Ketua Kerani Kami. Nak pencen tahun depan...bulan April. Tu..pun..kalau PM tak umum umur persaraan kakitangan awam. Pak Long ni..orang yang tak tau bagi marah kat orang. Dok senyum sedia.Semuanya ok. Betuahnya kami dapat KK macam ni. Orangnya pandai menyanyi, marhaban,ghazal dsb dan yang sewaktu dengannya. Suara kalau nak banding Jamal Abdilah sah la Jamal hebat lagi tapi kalau setakat Mawi..Pak Long hebat lagi. Nasib baik dia tak masuk AF 3. Kalau tak Mawi jatuh nombor dua. Pak Long ni waktu muda-muda dulu kiranya Teruna Pujaan Tikam Batu. Akhirnya Mak Long berjaya memikat Pak Long. La ni Pak Long ada 5 cahaya mata. Kegemaran Pak Long...sotong. Kalau boleh semuanya kena ada sotong. Goreng sotong, gulai sotong, laksa sotong, ..nasi ayam sotong...ada ka ?

REHAT SEBENTAR





Secebis kisah di sekolah

Gambar Ganjaran Lawatan Tahun Lalu





Menikmati pengalaman naik kapal terbang 'FREE"
















Ucapan Tuan Pengetua Sebelum Bertolak

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2008

Peperiksaan ini akan diadakan mulai 11 Mei 2008. Meh kita pakat-pakat pulun macam Pasukan Bole Sepak Kedah. Tunjukkan kehebatan kita di gelangang yang sebenar. Tak pernah rugi orang yang berusaha. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Selain memperoleh kejayaan peribadi...ada ganjaran yang dijanjikan oleh Tuan Pengetua. Ganjaran???? Kalau tahun lalu,pelajar-pelajar yang memperoleh semua "A" dalam semua mata pelajaran yang diambil...hadiahnya...fuihhh ...lumayan. MENAIKI KAPAL TERBANG KE KUALA LUMPUR. Seramai 21 orang pelajar terpilih.Kami menaiki bas di perkarangan sekolah...terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang...terus ke LCCT dan menaiki 'Coach"ke KLIA..hebat lapangan terbang KLIA..mengalah Lapangan Terbang Heatrow, England. Lepas tu...menaiki ERL..keretapi paling laju di Malaysia......selanjutnya......nanti....mungkin beberapa pelajar yang mengikuti rombongan tu akan ceritakan nanti. Jadi......tahun ni apa ganjarannya....(masih rahsia)....Ada cadangan ?.....sila maklumkan

Monday, April 28, 2008

Cuba-Cuba Fikir

Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada (
4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....


Ready? GO!!! (lihat bawah)


Soalan Pertama:


A
nda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?


Jawapan:
Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)


Jawapan:
Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?


Soalan Ketiga:

S
oalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Ambil
1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..



Adakah jawapan anda 5000 ?


Jawapan sebenar adalah 4100.


Jika anda tak percaya gunakan mesin kira-kira.! Mungkin ini bukan hari andakan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ..
Cuba


Soalan keempat:


Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?


Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya
Mary. Baca semula soalan!


Okay,
cuba jawab soalan bonus:

S
orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.


Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?



Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati


Mudah sahaja.



Selamat bergembira.. ... bye.!!

Indahnya alam ciptaan ALLAH

Singgah Sebentar

Don't Worry

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Umrah dan Ziarah Tuan Pengetua Ke Kota Suci Mekah

Kami seluruh warga sekolah memanjatkan doa agar hasrat suci dan murni Tuan Pengetua dirahmati ALLAH

Lawatan Staf dan Keluarga Ke Singapura

Satu lawatan staf seramai 116 orang akan berlepas ke Singapura menaiki 3 buah bas pada hari Rabu 30 April 2008 hingga 2 Mei 2008. Catatan perjalanan tersebut akan dimasukkan dalam blog ini apabila sampai masa. Mudah-mudahan perjalanan ini dirahmati ALLAH kerana selain melancong, pihak pentadbir berharap agar projek seumpama ini mampu mengeratkan lagi hubungan erat sedia ada yang terjalin kukuh selama ini.