Tuesday, May 20, 2008

Singgah Sebentar

Kalau sampai Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas

"Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali.
setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..

"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab..
"Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"
Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata..
"Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali.

Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..
"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh...

Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata..

"Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan...

"Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Singgah Sebentar

Masuk Penjara

Suatu hari 2 orang kanak-kanak sedang berbual di sebuah taman.
Mereka bernama Amin dan Susan

Susan: "Min, kenapa kau sedih?"
Amin: "Ayahku masuk penjara."
Susan: "Kenapa?"
Amin: "Ayah pecahkan kaca tingkap..."
Susan: "Hah...pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?"
Amin: "Dia pecahkan tingkap kapal selam."
Susan: "Patut le..."

Rehat Sebentar



Singgah Sebentar

Zaman berkembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka… Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,

“Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.” “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!” “Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang. “Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?” Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”