Tuesday, May 13, 2008

Pendidikan Di Jerman

Mengapa belajar di Jerman? Pertanyaan ini cukup sukar dijawab. Ada bermacam-macam alasan mengapa Jerman dipilih sebagai negara tujuan menyambung pelajaran. Kualiti pendidikan di Jerman, Jerman sebagai pusat teknologi dan sains di Eropah, pengalaman di peringkat internasional, dan bahasa Jerman itu sendiri adalah alasan-alasan utama mengapa mahasiswa asing datang ke Jerman untuk belajar.

Kos pembeljaran yang murah juga merupakan salah satu sebab mahasiswa memilih Jerman untuk menyambung pelajaran. Kerajaan dan dan masyarakat Jerman mengamalkan sistem sosial demokrat yang menjamin semua warganya layak untuk mendapatkan pendidikan. Pendidikan merupakan hak setiap warganya, sehingga kerajaan Jerman menanggung hampir seluruh pembiayaan untuk pembelajaran.

Pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke program kedoktoran di berikan percuma bagi rakyat nya.Sistem pendidikan di Jerman agak berbeza jika di bandingkan dengan Malaysia atau negara-negara lain seperti USA, UK dan Australia. Di Jerman terdapat 3 katagori universiti:Univesität dan Technische Universität (TU).Sistem pendidikan di universität ini lebih berorientasi pada teori dan research.

Peratus untuk pengajaran teori mencapai 80%-90% dari kurikulum pembelajarannya.Fachhochschule (FH)Fachhochschule (FH) dalam Bahasa Inggris dikenal dengan University of Applied Science. Di universiti ini kandungan kurikulum antara teori dengan amali adalah seimbang. Peratus perbandingan antara teori dengan amali sekitar 60% teori dan 40% amali termasuklah latihan internship di industry.Berufsakademie (BA) Berufsakademie (BA) dalam Bahasa Inggeris di kenal dengan University of Cooperative Education. Universiti ini merupakan bentuk kerja sama antara university dengan industry. 60% daripada kandungan latihannya adalah latihan di industri.Insyaallah satu masa nanti akan ujud Universiti Kemahiran Malaysia di negara kita yang menggunakan konsep yang diamalkan dinegara Jerman ini di mana amali merupakan teras utama kurikulum pembelajarannya.

Ulasan Oleh : En.Suhaimi Bakar

No comments: