Tuesday, June 3, 2008

Singgah Sebentar

Cerita ini saya dengar sewaktu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu(melalui radio kelantan)

( Ustazah Aminah Ismail)

ADA HIKMAHNYA

Ceritanya begini:

Suatu hari seorang raja yang sedang berehat-rehat di dalam istana memerintahkan khadamnya memotong buah epal untuknya. Oleh kerana lambat sangat si khadamnya itu mengupas dan memotong buah itu, raja pun meminta untuk melakukannya sendiri. Almaklumlah. . . . . .disebabkan tak pernah buat kerja-kerja macam tu, raja telah terpotong jarinya sendiri. Habis riuh rendah lah istana. Manakan tidak, raja terputus jari kerana memotong buah.

Raja menitahkan penasihatnya masuk mengadap lalu si penasihat diminta menafsir

apakah maksud yang tersirat di sebalik kejadian itu.

Kata si penasihat: “semua yang berlaku ni tuanku ada hikmahnya”.

Raja tidak berpuas hati dengan jawapan penasihatnya itu lalu menjatuhkan hukuman penjara kepadanya.

.

Pada minggu berikutnya, raja bersama dengan beberapa orang hulubalangnya telah berangkat pergi berburu ke dalam hutan. Kebiasaannya, si penasihat akan dibawa bersama. Sewaktu sedang terhendap-hendap di dalam hutan tebal itu, raja tersebut telah ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang masih lagi mengamalkan corakhidup primitif.

Bagi mereka setiap benda yang bergerak, semuanya boleh dimakan.

Raja telah dibawa pulang ke tempat mereka untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka tetapi sebelum dipersembahkan,mangsa diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan ‘persembahan’ itu adalah sempurna dari segenap segi.Setelah diperiksa, didapati jari mangsa telah kudung. Apa lagi maka dilepasbebaskanlah si raja tadi.

Berlarilah raja tadi pulang ke istananya. Tak terucap lagilah kata-kata di mulut raja kerana terlalu gembira selamat daripada malapetaka itu.

Keesokan harinya, raja ke penjara untuk menceritakan apa yang dialaminya kepada penasihatnya. Setelah habis raja bercerita, si penasihat pun selamba berkata: “semua yang berlaku keatas tuanku itu ada hikmatnya. . . .”

“Beta tidak fahamlah maksud kamu!” kata raja kepada penasihatnya.

“Tuanku . . .bukankah selalunya patik yang menemani tuanku pergi berburu? Kalaulah patik tidak tuanku penjarakan, sudah tentulah patik pula yang akan menjadi tawanan orang asli tu dan sudah tentulah patik sudah ‘selamat’ dipersembahkan kepada tuhan mereka. Bukan begitu tuanku???

1 comment:

erul alambina said...

hahahahha...

lawak btoii~~

bgus skadar renungan bersama..=)