Thursday, January 28, 2010

NUKILAN BEKAS PELAJAR

ASMA LIYANA:
Dengarlah
wahai guruku
keperibadianmu dan kesungguhanmu
menjadi pencetus visi dan misiku ;

Guruku,
kau ibarat lilin
yang membakar dirimu buat anak-anak muridmu
yang tercinta...

lahirmu sukar untukku cari galang gantinya
walaupun penat dan lelah,
kau gigih mencurahkan bakti pada nusa dan bangsa...

guru,
walaupun nyawa dan jasadmu ...
dikandung badan,
dimamah usia,
kau tetap hadir sebagai pendidik
yang kusanjungi selepas kedua-dua orang tuaku...

terima kasih buat semua pendidikku dari tadika,sek rendah,sek men,dan hingga kini n selamanya...
terutamanya buat Allahyarham Puan Zaiton...AL-FATIHAH...asmaa'@ unimap 23 JAN 2010..

No comments: