Tuesday, May 19, 2009

Singgah Sebentar

Orang kata aku lahir dari perut mak....
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak


Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk...... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja.... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya.........
Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4..00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda. 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu 2-4 orang : Kamu sayang ibumu 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu 10/lebih :

Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

1 comment:

erul alambina said...

JEMPUTAN FASILITATOR SMKSP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada hujung bulan ini, SMK Sungai Pasir akan mengadakan satu ceramah motivasi kepada calon-calon pelajar cemerlang sekolah bagi tahun 2009.
Sehubungan itu, pihak sekolah ingin menjemput semua bekas pelajar SMKSP yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS dalam peringkat ijazah sarjana muda dan ke atas untuk menjayakan satu slot yang dipanggil ‘Coming Back’ sebagai Fasilitator.

Ini bertujuan untuk memberikan nasihat dan dorongan serta meningkatkan tahap motivasi calon-calon pelajar cemerlang sekolah bagi menghadapi peperiksaaan akan datang sekaligus memantapkan pencapaian akademik SMKSP.

Butiran program adalah seperti berikut :

TARIKH : 31 Mei 2009 (AHAD)
TEMPAT : Dewan Gemilang SMKSP
MASA : 9.00 pagi

*perjumpaan dan taklimat kepada bakal-bakal fasilitator : 29 Mei 2009 (Jumaat) dewan

Sekiranya berminat sila hubungi kaunselor SMKSP, Puan Roslina di talian 019-419 2005 atau Syazwan -013-595 4537 (tinggalkan pesanan jika telefon tidak dijawab)untuk pendaftaran. Sila berikan nama penuh, no. i/c, jurusan yang sedang diambil/telah diambil, dan universiti/pekerjaan sekarang dan nombor telefon bimbit yang senang untuk dihubungi.

Pihak SMKSP amat mengalu-alukan penglibatan bekas-bekas pelajar SMKSP untuk program ini. Program ini terbuka dan tidak terhad. Sesiapa yang ingin membawa rakan-rakan bersama, pastikan rakan anda adalah bekas pelajar SMKSP juga.

Untuk makluman lanjut, sila kunjungi post di ruangan DISCUSSION pada GROUP SMK SUNGAI PASIR.

Sokongan anda semua amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

-moderator-
group SMK Sungai Pasir